Monday 5 November 2012

Lawatan Tahun 6 KL & Cameron Highland

Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Cameron Highland untuk pelajar tahun 6.
Tarikh : 1-3 November 2012.
Bilangan pelajar: 32 orang
Bilangan guru : 8 orang
Tempat dilawati : menaiki bas Hop On Hop Off melawat sekitar KL selama 3 jam, melawat i city, dan melawat tempat -tempat menarik di Cameron Highland seperti ladang strawberry, ladang teh, pusat penternakan lebah dan ladang ros.

Monday 2 July 2012

Kem Kecemerlangan UPSR

Tarikh: 21 & 22  Jun 2012
Tempat : Hotel Seaview Kuala Perlis
Peserta : Semua murid tahun 6 SK Arau

Pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR dibawa ke hotel untuk merasai suasana yang lain untuk belajar. Bilik seminar yang luas dan berhawa dingin dapat memberikan suasana pembelajaran yang  kondusif. Pelajar lebih memberikan tumpuan dan fokus terhadap pengajaran yang disampaikan.
      Solat hajat dan bacaan yassin diadakan pada sebelah malam. Seterusnya slot motivasi daripada ustaz jemputan dari Alor Setar banyak memotivasikan pelajar sehinggakan mereka menangis teresak-esak.









Wednesday 6 June 2012

Haba


Tema : Menyiasat Daya dan tenaga
Bidang: 4. Haba
Objektif ::  4.2  Memahami kesan pemanasan ke atas bahan

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
1. menyatakan bahan mengembang apabila dipanaskan
2. menyatakan bahan mengecut apabila disejukkan














Mesin ringkas


Tema : Menyiasat Dunia Teknologi
Bidang: 1. Mesin
Objektif : 1.2 Menganalisis mesin kompleks
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran murid dapat
1. mengenalpasti mesin ringkas di dalam mesin kompleks.
2.Membuat kesimpulan bahawa mesin kompleks adalah dibina daripada satu mesin ringkas.
3. memberikan contoh mesin kompleks.















Hobi sambilan

Memelihara arnab sebagai hobi sambilan sudah hampir setahun. Arnab adalah haiwan yang jinak dan senang membiak. Arnab yang subur boleh melahirkan anak sebulan sekali. Sekali lahir 3 hingga 7 ekor. Makanan arnab amat mudah, kangkung dan makanan yang boleh dibeli di kedai. Selain itu memelihara arnab juga boleh juga menambahkan pendapatan. Arnab yang paling popular adalah teddy bear, lion head dan anggora.












Wednesday 18 April 2012

Persiapan membuat gendang dan latihan kakkung

Sempena perasmian pembukaan MSSM yang akan dijalankan di Perlis pada 21 Mei nanti , semua sekolah diseluruh Perlis diarahkan membuat gendang dan persembahan kakkung. Dijangkakan seramai 10 ribu orang pelajar sekolah akan mengambil bahagian.

Latihan kakkung menggunakan botol



proses membuat gendang daripada tong sampah..



gendang yang sudah siap

Tuesday 10 April 2012

Sekolah Penyayang

Program Sekolah Penyayang
Tarikh: 10 April 2012
Masa : 6.30 pagi
Tempat : Pintu pagar utama SK Arau

Tujuan/Objektif: Merapatkan hubungan di antara guru dan murid serta mewujudkan konsep penyayang dikalangan semua warga sekolah.

Pelaksanaan:  Semua guru berdiri di hadapan pintu pagar sekolah menyambut kedatangan murid seawal jam 6.30 pagi. Syabas kepada semua guru yang sanggup memberikan kerjasama dan menjayakan program ini.





















Thursday 22 March 2012

Pengawetan makanan

Eksperimen pengawetan makanan kaedah penjerukan. Eksperimen ini dijalankan oleh murid tahun 6. Tujuan pengawetan adalah untuk memastikan makanan boleh disimpan dalam tempoh yang lama.

Proses pengawetan makanan :

1. Buah mangga dikupas kulitnya.
2. Buah mangga dipotong menjadi kepingan kecil
3. Buah yang sudah dipotong dibasuh dan dimasukkan ke dalam bekas
4. Masukkan larutan gula
5. Masukkan sedikit cuka makanan
6. Jeruk yang sudah siap

Tuesday 20 March 2012

Koleksi orkid

Hobi menanam orkid sudah bermula sejak remaja lagi. Orkid yang ditanam tidaklah banyak tapi bolehlah dibuat taman. Koleksi yang ada kebanyakannya dibeli di pekan sehari dan di pusat jualan orkid. Ada juga koleksi hutan dan spesies. Tapi yang berbunga sekarang adalah jenis hybrid.



Sunday 18 March 2012

Ikan oh ikan

Cuti semester merupakan waktu untuk berehat dan bercuti bersama keluarga. Aktiviti yang sempat diadakan bersama keluarga adalah menjala dan memukat ikan di kolam. Ikan yang ada di kolam ini adalah ikan patin, lampam, tilapia, sepat, puyu dan beberapa jenis yang lain. Seronok juga sekali-sekala dapat makan ikan air tawar. Tempoyak ikan patin dan ikan tilapia bakar adalah menu utama. Fuhh sedap giler..