Thursday 26 January 2012

Perlawanan Bola Baling

Pada Sabtu yang lepas (21 Januari) telah diadakan perlawanan bola baling Kawasan Pelajaran Arau bertempat di D' Futsal Centre. Pasukan Sek. keb. Arau Perempuan telah menjadi johan manakala pasukan Lelaki mendapat tempat ketiga. Terima kasih kepada guru-guru yang memberikan sokongan.

Friday 13 January 2012

Perlawanan Bola Jaring Kawasan Arau

Hari ini Sabtu (14 Jan 2012) ada perlawanan bola jaring di Sek. Keb Pauh. Sebanyak 6 buah sekolah mengambil bahagian. Sekolah Arau menghantar 1 team. Walaupun telah bermain bersungguh-sungguh namun nasib tidak menyebelahi. Hanya peringkat suku akhir sahaja. Apapun syabas dan tahniah.Terima kasih juga kepada guru yang telah melatih dan memberikan sokongan.

Thursday 12 January 2012

Eksperimen mikroorganisma bernafas

Hari ini mengajar tajuk bagaimana mikroorganisma bernafas. Untuk lebih memahami tajuk ini, maka satu eksperimen harus dijalankan. Membuat doh menggunakan yis. Murid-murid sangat suka. Bahan-bahan yang mudah sahaja diperlukan. Yis segera, tepung gandum, margerin, gula, air suam. Akhir eksperimen,tepung bercampur yis mengembang kerana mikroorganisma telah bernafas.

Wednesday 11 January 2012

Salam Perkenalan

Rencah kehidupan sebagai seorang guru banyak menguji kesabaran terutamanya apabila tiba awal tahun persekolahan. Banyak perkara harus diselesaikan menjelang tibanya hari pertama sekolah. Apa-apa pun sebagai seorang pendidik yang telah mengangkat sumpah taat setia kepada pekerjaan sebagai seorang guru harus melalui segala liku-liku hari dengan harapan memartabatkan bangsa. Selamat Tahun Baru kepada semua.