Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Cameron Highland untuk pelajar tahun 6.
Tarikh : 1-3 November 2012.
Bilangan pelajar: 32 orang
Bilangan guru : 8 orang
Tempat dilawati : menaiki bas Hop On Hop Off melawat sekitar KL selama 3 jam, melawat i city, dan melawat tempat -tempat menarik di Cameron Highland seperti ladang strawberry, ladang teh, pusat penternakan lebah dan ladang ros.
Diary Cikgu
Monday, 5 November 2012
Monday, 2 July 2012
Kem Kecemerlangan UPSR
Tarikh: 21 & 22 Jun 2012
Tempat : Hotel Seaview Kuala Perlis
Peserta : Semua murid tahun 6 SK Arau
Pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR dibawa ke hotel untuk merasai suasana yang lain untuk belajar. Bilik seminar yang luas dan berhawa dingin dapat memberikan suasana pembelajaran yang kondusif. Pelajar lebih memberikan tumpuan dan fokus terhadap pengajaran yang disampaikan.
Solat hajat dan bacaan yassin diadakan pada sebelah malam. Seterusnya slot motivasi daripada ustaz jemputan dari Alor Setar banyak memotivasikan pelajar sehinggakan mereka menangis teresak-esak.

Wednesday, 6 June 2012
Mesin ringkas
Tema : Menyiasat Dunia Teknologi
Bidang: 1. Mesin
Objektif : 1.2 Menganalisis mesin
kompleks
Hasil Pembelajaran :
Pada
akhir pembelajaran murid dapat
1.
mengenalpasti mesin ringkas di dalam mesin kompleks.
2.Membuat
kesimpulan bahawa mesin kompleks adalah dibina daripada satu mesin ringkas.
3.
memberikan contoh mesin kompleks.
|
Hobi sambilan
Memelihara arnab sebagai hobi sambilan sudah hampir setahun. Arnab adalah haiwan yang jinak dan senang membiak. Arnab yang subur boleh melahirkan anak sebulan sekali. Sekali lahir 3 hingga 7 ekor. Makanan arnab amat mudah, kangkung dan makanan yang boleh dibeli di kedai. Selain itu memelihara arnab juga boleh juga menambahkan pendapatan. Arnab yang paling popular adalah teddy bear, lion head dan anggora.
Wednesday, 18 April 2012
Persiapan membuat gendang dan latihan kakkung
Sempena perasmian pembukaan MSSM yang akan dijalankan di Perlis pada 21 Mei nanti , semua sekolah diseluruh Perlis diarahkan membuat gendang dan persembahan kakkung. Dijangkakan seramai 10 ribu orang pelajar sekolah akan mengambil bahagian.
Latihan kakkung menggunakan botol |
proses membuat gendang daripada tong sampah.. |
gendang yang sudah siap |
Tuesday, 10 April 2012
Sekolah Penyayang
Program Sekolah Penyayang
Tarikh: 10 April 2012
Masa : 6.30 pagi
Tempat : Pintu pagar utama SK Arau
Tujuan/Objektif: Merapatkan hubungan di antara guru dan murid serta mewujudkan konsep penyayang dikalangan semua warga sekolah.
Pelaksanaan: Semua guru berdiri di hadapan pintu pagar sekolah menyambut kedatangan murid seawal jam 6.30 pagi. Syabas kepada semua guru yang sanggup memberikan kerjasama dan menjayakan program ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)