Majlis ini telah diadakan pada Sabtu 18 Februari 2012 di Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah sebagai tuan rumah MTQ bagi PKP Arau. Acara yang dipertandingkan di dalam MTQ adalah hafazan, tilawah, kuiz, bercerita dan nasyid. Pasukan kuiz dan nasyid berjaya mendapat tempat kedua, bercerita menjadi johan, hafazan dan tilawah mendapat tempat ketiga. Secara keseluruhan MTQ ini telah dimenangi oleh pasukan Sekolah Tengku Budriah manakala tempat kedua jatuh kepada pasukan Sek. Keb. Arau.Tahniah kepada guru pengiring yang terlibat.
Wednesday, 22 February 2012
Friday, 17 February 2012
Kejohanan Olahraga PKP Arau- 14 & 15 Februari 2012
Kejohanan olahraga PKP Arau telah diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Sy Faizuddin di UiTM Arau. Sebanyak 9 buah sekolah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan Olahraga pada tahun ini adalah yang paling berprestij kerana ia diadakan di luar kawasan sekolah. Tahniah kepada Sek. Keb. Arau yang telah berjaya menjadi tuan rumah untuk temasya olahraga pada tahun ini. Tempat pertama telah dimenangi oleh Sek. Tengku Budriah manakala Sek. Keb Arau mendapat tempat kedua.
Friday, 10 February 2012
Majlis Watikah Perlantikan Pengawas
Majlis watikah perlantikan pengawas telah dijalankan pada hari ini Jumaat bersamaan dengan 10 Februari 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Balai Polis Arau, Supt.Cheif InspektorTuan Jabbar.Pengawas yang terlibat dalam perlantikan ini adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas pusat sumber, Pengawas SPBT, Pengawas PRS, Pengawas Briged Bestari serta ketua kelas dan penolong.Acara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan guru besar, perasmian majlis perlantikan oleh Ketua Balai Polis Arau, penyampaian watikah perlantikan, pengumuman ketua dan penolong ketua pengawas dan diakhiri dengan ikrar pengawas.
Wednesday, 8 February 2012
Sambutan Maulidurasul
Hari ini merupakan sambutan Maulidurasul peringkat sekolah. Pagi-pagi lagi semua murid berkumpul di tapak perhimpunan pagi. Sambutan dimulakan dengan berselawat dan perarakan mengelilingi padang sekolah. Acara diteruskan dengan ceramah maulidurasul kepada murid tahap 2 dan pertandingan mewarna untuk murid tahap 1 dan pra sekolah.
Tuesday, 7 February 2012
Dusun mempelamku..
Hari ini berkesempatan melawat dusun mempelamku. Luasnya tidaklah seberapa cuma ada lebih kurang lima puluh pokok sahaja. Sekarang musim mempelam berbunga. Tak lama lama lagi akan menjadi putik dan buah pun akan membesar. Dalam bulan Jun buah sudah masak dan boleh dipetik...
Subscribe to:
Posts (Atom)