Sunday, 18 March 2012

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah

Pada 15 Mac 2012 yang lalu, saya berkesempatan ke pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang. Semua pelawat yang datang ke pusat ini boleh menunggang gajah, mandi bersama gajah dan boleh juga bergambar bersama gajah. Tiada bayaran masuk dikenakan..free. Pelawat yang datang mendaftar awal 100 orang boleh menunggang gajah. Malang nasibku tidak dapat merasai menaiki gajah..tiket dah penuh..tapi ada kenangan bergambar bersama gajah.Insayallah jika ada rezeki boleh datang lagi.




Sunday, 11 March 2012

Sambutan & Pelancaran minggu anti dadah

Pada 27 Februari yang lalu telah diadakan sambutan dan pelancaran minggu anti dadah peringkat sekolah. Aturcara :  7.40 Perhimpunan di dewan sekolah
                 7.45 Nyanyian lagu Negaraku, Amin-Amin dan lagu Sekolah
                 8.00 Majlis Pelancaran
                         - Ucapan Guru Besar
                         - Teks Ucapan Pelancaran
                         - Ikrar anti dadah
                         - Nyanyian lagu Anti dadah
                         - Sajak anti dadah
                         - Ceramah daripada AADK
                         - Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Pertandingan Melukis poster anti dadah tahap 2.
                         - Penyampaian hadiah.


Wednesday, 22 February 2012

Majlis Tilawah Quran

Majlis ini telah diadakan pada Sabtu 18 Februari 2012 di Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah sebagai tuan rumah MTQ bagi PKP Arau. Acara yang dipertandingkan di dalam MTQ adalah hafazan, tilawah, kuiz, bercerita dan nasyid. Pasukan kuiz dan nasyid berjaya mendapat tempat kedua, bercerita menjadi johan, hafazan dan tilawah mendapat tempat ketiga. Secara keseluruhan MTQ ini telah dimenangi oleh pasukan Sekolah Tengku Budriah manakala tempat kedua jatuh kepada pasukan Sek. Keb. Arau.Tahniah kepada guru pengiring yang terlibat.

Friday, 17 February 2012

Kejohanan Olahraga PKP Arau- 14 & 15 Februari 2012



Kejohanan olahraga PKP Arau telah diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Sy Faizuddin di UiTM Arau. Sebanyak 9 buah sekolah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan Olahraga pada tahun ini adalah yang paling berprestij kerana ia diadakan di luar kawasan sekolah. Tahniah kepada Sek. Keb. Arau yang telah berjaya menjadi tuan rumah untuk temasya olahraga pada tahun ini. Tempat pertama telah dimenangi oleh Sek. Tengku Budriah manakala Sek. Keb Arau mendapat tempat kedua.

Friday, 10 February 2012

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas

Majlis watikah perlantikan pengawas telah dijalankan pada hari ini Jumaat bersamaan dengan 10 Februari  2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Balai Polis Arau, Supt.Cheif InspektorTuan Jabbar.Pengawas yang terlibat dalam perlantikan ini adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas pusat sumber, Pengawas SPBT, Pengawas PRS,  Pengawas Briged Bestari serta ketua kelas dan penolong.Acara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan guru besar, perasmian majlis perlantikan oleh Ketua Balai Polis Arau, penyampaian watikah perlantikan, pengumuman ketua dan penolong ketua pengawas dan diakhiri dengan ikrar pengawas.

Wednesday, 8 February 2012

Sambutan Maulidurasul

Hari ini merupakan sambutan Maulidurasul peringkat sekolah. Pagi-pagi lagi semua murid berkumpul di tapak perhimpunan pagi. Sambutan dimulakan dengan berselawat dan perarakan mengelilingi padang sekolah. Acara diteruskan dengan ceramah maulidurasul kepada murid tahap 2 dan pertandingan mewarna untuk murid tahap 1 dan pra sekolah.


Tuesday, 7 February 2012

Dusun mempelamku..


Hari ini berkesempatan melawat dusun mempelamku. Luasnya tidaklah seberapa cuma ada lebih kurang lima puluh pokok sahaja. Sekarang musim mempelam berbunga. Tak lama lama lagi akan menjadi putik dan buah pun akan membesar. Dalam bulan Jun buah sudah masak dan boleh dipetik...