Wednesday, 18 April 2012

Persiapan membuat gendang dan latihan kakkung

Sempena perasmian pembukaan MSSM yang akan dijalankan di Perlis pada 21 Mei nanti , semua sekolah diseluruh Perlis diarahkan membuat gendang dan persembahan kakkung. Dijangkakan seramai 10 ribu orang pelajar sekolah akan mengambil bahagian.

Latihan kakkung menggunakan botol



proses membuat gendang daripada tong sampah..



gendang yang sudah siap

Tuesday, 10 April 2012

Sekolah Penyayang

Program Sekolah Penyayang
Tarikh: 10 April 2012
Masa : 6.30 pagi
Tempat : Pintu pagar utama SK Arau

Tujuan/Objektif: Merapatkan hubungan di antara guru dan murid serta mewujudkan konsep penyayang dikalangan semua warga sekolah.

Pelaksanaan:  Semua guru berdiri di hadapan pintu pagar sekolah menyambut kedatangan murid seawal jam 6.30 pagi. Syabas kepada semua guru yang sanggup memberikan kerjasama dan menjayakan program ini.





















Thursday, 22 March 2012

Pengawetan makanan

Eksperimen pengawetan makanan kaedah penjerukan. Eksperimen ini dijalankan oleh murid tahun 6. Tujuan pengawetan adalah untuk memastikan makanan boleh disimpan dalam tempoh yang lama.

Proses pengawetan makanan :

1. Buah mangga dikupas kulitnya.
2. Buah mangga dipotong menjadi kepingan kecil
3. Buah yang sudah dipotong dibasuh dan dimasukkan ke dalam bekas
4. Masukkan larutan gula
5. Masukkan sedikit cuka makanan
6. Jeruk yang sudah siap

Tuesday, 20 March 2012

Koleksi orkid

Hobi menanam orkid sudah bermula sejak remaja lagi. Orkid yang ditanam tidaklah banyak tapi bolehlah dibuat taman. Koleksi yang ada kebanyakannya dibeli di pekan sehari dan di pusat jualan orkid. Ada juga koleksi hutan dan spesies. Tapi yang berbunga sekarang adalah jenis hybrid.



Sunday, 18 March 2012

Ikan oh ikan

Cuti semester merupakan waktu untuk berehat dan bercuti bersama keluarga. Aktiviti yang sempat diadakan bersama keluarga adalah menjala dan memukat ikan di kolam. Ikan yang ada di kolam ini adalah ikan patin, lampam, tilapia, sepat, puyu dan beberapa jenis yang lain. Seronok juga sekali-sekala dapat makan ikan air tawar. Tempoyak ikan patin dan ikan tilapia bakar adalah menu utama. Fuhh sedap giler..


Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah

Pada 15 Mac 2012 yang lalu, saya berkesempatan ke pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang. Semua pelawat yang datang ke pusat ini boleh menunggang gajah, mandi bersama gajah dan boleh juga bergambar bersama gajah. Tiada bayaran masuk dikenakan..free. Pelawat yang datang mendaftar awal 100 orang boleh menunggang gajah. Malang nasibku tidak dapat merasai menaiki gajah..tiket dah penuh..tapi ada kenangan bergambar bersama gajah.Insayallah jika ada rezeki boleh datang lagi.




Sunday, 11 March 2012

Sambutan & Pelancaran minggu anti dadah

Pada 27 Februari yang lalu telah diadakan sambutan dan pelancaran minggu anti dadah peringkat sekolah. Aturcara :  7.40 Perhimpunan di dewan sekolah
                 7.45 Nyanyian lagu Negaraku, Amin-Amin dan lagu Sekolah
                 8.00 Majlis Pelancaran
                         - Ucapan Guru Besar
                         - Teks Ucapan Pelancaran
                         - Ikrar anti dadah
                         - Nyanyian lagu Anti dadah
                         - Sajak anti dadah
                         - Ceramah daripada AADK
                         - Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Pertandingan Melukis poster anti dadah tahap 2.
                         - Penyampaian hadiah.